Thursday 6 December 2012

Cara buat masker untuk kulit muka berminyak


Assalamualaikum 

Kulit muka berminyak kadang kala sukar untuk diatasi. Jenis kulit berminyak adalah mudah untuk ditumbuhi oleh jerawat. Walaubagaimanapun, seperti entri yang lepas, terdapat kelebihan kepada mereka yang memiliki kulit muka berminyak.  Dalam menjaga kulit muka berminyak ini, anda perlu tahu cara untuk mendapatkan masker yang sesuai untuk mengurangkan minyak pada muka di tahap yang sepatutnya. Jadi hari ini, saya nak share cara membuat masker untuk kulit muka berminyak dengan mudah tanpa mengeluarkan kos yang banyak.



Masker untuk hilangkan kulit muka berminyak dari Tomato

Bahan: tomato

Cara2nya ialah :
-Blender 2 biji tomato sehingga hancur.
-Sapukan pada keseluruhan muka tetapi tidak terkena pada mata.
-Biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air suam.
Wajah anda akan kelihatan bersih kerana tomato mampu membuang sel2 kulit mati
Gambar diambil dari google

Masker untuk kulit muka berminyak dari Pisang

Bahan: Pisang, lemon dan madu

Cara2nya ialah:
-Ambil sebiji pisang, 1sudu madu dan sebiji lemon.
-Campurkan lenyekkan pisang dan madu dan letakkan beberapa titis jus lemon
-Biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas dengan air suam

Gambar diambil dari google



Masker untuk kulit muka berminyak dari Strawberi

Bahan: Srawberi dan yogurt

Cara-caranya ialah:
-Ambil 4-6 biji straberi dan lenyekkan didalam mangkuk
-Kemudian tambahkan sesudu yogurt dan sebatikan kedua-dua bahan ini
-Biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas dengan air suam

Masker untuk kulit muka berminyak dari Avocado

Bahan: Avocado putih telur dan limau

Cara-caranya ialah:
-Pukul putih telur di dalam mangkuk.
-Lenyekkan setengah biji buah avocado di dalam mangkuk yang lain
-Kemudian kedua-dua bahan tadi dicampurkan di dalam blender bersama-sama sesudu  perahan limau
-Letakkan pada muka dan biarkan beberapa minit sebelum dibilas

Masker untuk kulit muka berminyak dari Epal

Bahan: epal dan madu
Cara-caranya ialah:
-Ambil sebiji epal dan buangkan kulitnya.
-Blenderkan bersama 3 sudu madu
-Letakkan pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air
Ianya berkesan untuk mencerahkan pori-pori kulit.

Jadi, anda di luar sana bolehlah mencuba. Ingat, jika ingin kekal cantik, lakukan beberapa kali seminggu dan tidak berputus asa. Jika hanya lakukan sekali sahaja setahun, mana nak nampak kan hasilnya J


Oleh kerana bahan-bahanya mudah didapati, apa tunggu lagi. Selamat mencuba!

2 comments:

  1. Salam..mang betul ke yang masker dari epal tu?awak dah pnah cube?

    ReplyDelete
  2. Salam, untuk masker dengan gunakan epal, saya belum lagi mencubanya..Tapi ye memang menggunakan buah epal. Jom tengok salah satu video untuk buat masker dari epal dkt youtube :)
    http://www.youtube.com/watch?v=qNiSGhS8qYo

    ReplyDelete