Friday 30 November 2012

Pantai Berdarah

Macam sos tomato


Air merah kat atas ni bukan sebab ada kejadian berdarah ke, atau  apa tapi air laut ni telah dicemari oleh sejenis alga yang menukarkan air laut berkenaan kepada warna merah. Perkara ni berlaku kat Bondi Beach Australia dimana kawasan ini merupakan salah satu kawasan kunjungan pelancong. Alga yang wujud dikawasan ini dikatakan mampu untuk memberi iritasi kepada kulit. Jadi amaran telah dikeluarkan kepada pelancong supaya tidak bermandi manda dan berenang dikawasan berkenaan


ulser mulut / mata ikan



Assalamualaikum  :)
Bercerita pasal ulser mulut atau mata ikan ni, sudah semsestinya pembaca-pembaca di luar sana pernah terkena penyakit ini kan. Penyikit ni adalah penyakit dimana terdapat tompokan bulat putih atau kuning  dalam mulut. Macam saya juga, dah dua hari  terkena ulser. Nak dikatakan hampir tiap-tiap bulan akan kena ulser ditempat yang sama iaitu di hujung gusi yang nak keluarkan gigi bongsu ni.. Hilang nikmat dunia untuk makan seperti biasa. Eh, takpe dugaan semua tu


Ulser mulut/ mata ikan

Sebab-sebab ulser mulut atau mata ikan ini adalah berpunca daripada:
   1.       Stress ( Jadi lepas ni, kurangkan stress) 
   2.       Daya tahan sakit yang lemah
   3.       Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut. Contohnya tergigit dan sebagainya 
   4.       Alahan pada makanan
   5.       Kekurangan sumber makanan
   6.       Dan lain-lain faktor


Antara kawasan-kawasan yang selalu terkena ulser ini adalah seperti di:
   1.       Bibir
   2.       Lelangit
   3.       Gusi
   4.       Lidah

Cara dan petua untuk menghindarkan diri daripada terkena penyakit ulser  mulut:
   1.       Minum banyak air
   2.       Letakkan ais di tempat yang terkena ulser mulut
   3.       Letakkan garam (erm, yang ni tak pasti kebenarannya)
   4.       Jauhi makanan berempah
   5.       Lain-lain yang disyorkan doctor

Okeh, selain tu, ada jugak ubat2 khas yang berlambak kat farmasi untuk hilangkan rasa sakit ulser ni. Cumanya kebanyakan ubat yang pernah digunakan tu selalunya akan menghilangkan kesakitan ulser tu untuk seketika je.

Dexaltin boleh tahan berkesan untuk jangka panjang 

Ubat serbuk (dari google)
Selalunya pakai Medijel untuk ulser tapi da buang sebab bocor lak terkena benda tajam. (dari google jugak)



Apa-apa pon, kalau rasa sakit ulser ni, senang pergi farmasi je, nanti orang farmasi tu akan berikan ubat mengikut kesesuaian





                                 

Permulaan

Assalamualaikum :)

Permulaan untuk menjadi seorang blogger
Pelbagai cerita, suka dan duka yang akan dikongsi dialam maya