Thursday, 20 December 2012

Keputusan Miss Universe Pageant 2012

Miss Universe Pageant baru sahaja melabuhkan tirainya semalam. Olivia Culpo, berusia 20 tahun dari Rhade Island telah dipilih sebagai pemenang Miss Universe. 


Miss Universe 2012
Janine Tugonon-Filipina-Tempat Kedua
Irene Sofia Quintero-Venezuela-Tempat Ketiga
top five

Dari 89 orang peserta. Hanya lima yang terbaik iaitu Olivia Culpo, Janine Tugonon, Irene Sofia Quintero,  Renae Ayris dari Australia di tempat yang keempat dan Gabriela Markus dari Brazil ditempat kelima. Malaysia? Boleh cuba lagi yep ditahun-tahun akan datang.




sumber gambar adalah seperti berikut:

http://www.newstimes.com/news/article/Miss-USA-Olivia-Culpo-is-crowned-Miss-Universe-4131453.php
http://www.rappler.com/life-and-style/18260-in-photos-miss-universe-2012-pageant

Thursday, 13 December 2012

Cara dan petua untuk hilangkan kelemumur pada kulit kepala


Assalamualaikum :)

Rambut merupakan satu aset kepada wanita dan juga lelaki. Walaubagaimanapun, terdapat rata-rata rakyat Malaysia menghidapi kelemumur pada kulit kepala mereka. Hal ini kadangkala memalukan bagi kita kerana sukar untuk memakai baju yang bewarna gelap kerana dikhuatiri kelemumur terbabit akan terjatuh di bahu baju.  Tetapi anda semua perlu tahu terdapat petua untuk menghilangkan kelemumur dengan menggunakan bahan semulajadi. Ianya dapat memberikan keputusan jangka masa panjang dan dapat menghindari diri daripada menggunakan bahan-bahan kimia.

Gambar dari googe (sekadar hiasan)


So, jom kita tengok petua-petua untuk menghilangkan kelemumur supaya anda boleh menjadi yakin semula.

1. Jus lemon dengan minyak kelapa untuk menghilangkan kelemumur
Ambil 1 sudu makan jus lemon dengan 5 sudu makan minyak kelapa. Kisarkan kedua-dua bahan ini. Letakkan bahan ini pada kullit kepala. Biarkan selama 20-30 minit sebelum dibilas. Kemudian basuh kembali rambut anda dengan shampoo. Jus lemon dikatakan merupakan satu bahan semulajadi untuk kelemumur dan mampu untuk menghilangkan keruping-keruping kelemumur pada kulit kepala.

2. Cuka untuk menghilangkan kelemumur
Cuka dikatakan merupakan cara yang paling berkesan untuk menghilangkan kelemumur. Cuka dikatakan kaya dengan potassium dan enzim yang membantu untuk merawat kegatalan kulit kepala dan kelemumur. Caranya ialah dengan mengambil cuka epal dan urutkan pada kulit kepala selama 5-7 minit. Cuka epal ini mampu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati yang tersumbat pada folikel-folikel rambut lalu menyebabkan kelemumur.
Juga dari google(Ini adalah apple cider)


.
3. Baking Soda untuk menghilangkan kelemumur
Baking Soda berpotensi untuk menghilangkan kelemumur dan keruping-keruping yang melekat pada kulit kepala. Caranya ialah campurkan satu sudu makan baking soda dengan shampoo ditangan. Kemudian gosokkan pada kulit kepala. Kemudian bilas seperti biasa. Anda akan melihat kelemumur pada kepala anda akan hilang

4. Jel Aloe Vera  untuk merawat kelemumur
Ambil jel Aloe Vera dan gosokkan ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas rambut seperti biasa.


5. Bawang merah untuk menghilangkan kelemumur
Ambil bawang merah yang telah ditumbuk halus. Letakkan pada kawasan kelemumur selama satu jam. Kemudian basuh dengan sebersihya Untuk menghilangkan bau bawang tersebu, letakkan jus lemon pada rambut anda.

Ini antara lima petua semula jadi yang anda semua boleh aplikasikan dirumah. Bahan-bahannya semula jadi dan mudah didapati. Jadi, apa tunggu lagi, selamat mencuba ya kawan-kawan

Wednesday, 12 December 2012

Calon2 Miss Universe dari Asia Tenggara 2012

Pertandingan Miss Universe akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 19 Disember di Las Vegas, United States. Dikatakan hampir 89 buah negara terlibat dalam pertandingan ini. Jom, kita tengok contestant2 dari Asia Tenggara. Mengancam tak?


Maria Selena-Indonesia

Kimberley-Malaysia
                                       
Lyn Tan-Singapura
Luu Thi Diem Hong-Vietnam
                                           
Nutpimon Farida Waller-Thailand

Janine Tugonon- Filipina


Owh, mereka-mereka memang cantik bukan?

                         



                                         

                                           

Monday, 10 December 2012

Rahsia personaliti diri dengan tandatangan




Assalamualaikum :)

Hari ni, jom kenali personaliti anda melalui tandatangan



Satu garisan pada bawah tandatangan
Orangnya sangat berkeyakinan dan mempunyai personaliti yang bagus. Mereka sedikit pentingkan diri tetapi percaya dengan “Kehidupan yang gembira”



Dua titik dibawah tandatangan
Orangnya sangat romantic, senang bertukar-tukar pasangan seperti menukar baju mereka. Mereka lebih mementingkan kecantikan pada orang lain dan ingin cuba dirinya kelihatan cantik. Mereka mudah menarik perhatian orang.



Satu titik di bawah tandatangan
Orang seperti ini lebih cenderung kepada seni klasik, sederhana dan sangat cool. Tetapi jika seseorang telah menghilangkan kepercayaan kepada dirinya, jangan harap  orang ini akan percaya kembali . Jadi berhati-hatilah dengan orang seperti ini.


Gambar sekadar hiasan



Tiada garisan atau titik dibawah tandatangan
Orang seperti ini menjalani hidup mereka dengan gembira. Mereka tidak memerlukan perhatian daripada orang lain.  Kadangkala mereka juga agak mementingkan diri sendiri



Tandatangan yang tiada kena mengena dengan nama
Orang seperti ini cuba untuk kelihatan bijak, cuba merahsiakan sesuatu perkara dan tidak menyatakan sesuatu perkara secara terus. Selain itu, orang ini juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang lain sampaikan kepadanya



Tandatangan yang ada kaitan dengan nama
Orang seperti ini cuba untuk lelihatan bijak tetapi tidak berfikir. Mereka akan sentiasa bertukar pendapat tau pandangan seperti lalang yang ditiup angin. Mereka tidak berfikir sama ada sesuatu perkara itu betul atau salah.



Tandatangan yang hurufnya sebtutir2 dan tidak bersambung
Orang seperti ini adalah sangat baik, baik hati, tidak mementingkan diri sendiri dan sanggup untuk mengorbankan diri untuk orang yang disayangi. Tetapi mereka kelihatan seperti banyak berfikir dan cepat marah.



Tandatangan dengan menggunakan nama penuh

 Orangnya baik hati, boleh berada dalam apa juga persekitaran. Bersifat tegas dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi


sumber:
http://ideasofindian.blogspot.com/2008/05/know-your-personality-by-your-signature.html

Thursday, 6 December 2012

"Segment : King Follow Back by Amercorner"

Assalamualaikum :)
Kepada pembaca diluar sana, ada segmen baru dari blog Amer Corner. Jadi mari2 join sini.

Klik pada gambar untuk sertai

Syarat2nya ialah :

1. Terjah sponsor  sampai loading habis sebagai ticket penyertaan. Jujur k.
  -http://bit.ly/11F6Tro
  -http://bit.ly/Y3wnzz
  -http://bit.ly/U6LdwE
  -http://bit.ly/US0vse
(Dah tekan semua sekali sampai habis loading)

2. Follow dan like 2 sponsor ini. Ada sponsor adalah hadiahnya.
-Follow blog
  http://chipstore.blogspot.com/
  http://sleepyluffy.blogspot.com/
(Dah follow blog sponsor)

-Bagi yang ada twitter follow twitter ni.




-Like

   
(Tapi nak like ngan subscribe tak boleh lagi, jadi error,sbb facebook kena block sementara, hanya boleh post tapi x boleh komen,like, subscribe.. sadisssss! nnt bila dah okeh baru like boleh???



Kemudian
ini jumlah follower sekarang
Sebab kenapa saya perlu jadi King Follow Back
Sebabnya saya suka dengan perkataan King tu dan InSha Allah akan follow orang2 yang join segmen ni. Lagi satu sebab nak Ice Watch tu..

Sebab kenapa blogger lain perlu join segment ni
Wahai blogger2 yang berada di alam maya, korang patut join segmen ni sebab korang akan dapat follower2 yang baru.. Tipulah kalau korang xnak ada follower kan? Ape lagi, join cepat2 :)










Cara buat masker untuk kulit muka berminyak


Assalamualaikum 

Kulit muka berminyak kadang kala sukar untuk diatasi. Jenis kulit berminyak adalah mudah untuk ditumbuhi oleh jerawat. Walaubagaimanapun, seperti entri yang lepas, terdapat kelebihan kepada mereka yang memiliki kulit muka berminyak.  Dalam menjaga kulit muka berminyak ini, anda perlu tahu cara untuk mendapatkan masker yang sesuai untuk mengurangkan minyak pada muka di tahap yang sepatutnya. Jadi hari ini, saya nak share cara membuat masker untuk kulit muka berminyak dengan mudah tanpa mengeluarkan kos yang banyak.



Masker untuk hilangkan kulit muka berminyak dari Tomato

Bahan: tomato

Cara2nya ialah :
-Blender 2 biji tomato sehingga hancur.
-Sapukan pada keseluruhan muka tetapi tidak terkena pada mata.
-Biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air suam.
Wajah anda akan kelihatan bersih kerana tomato mampu membuang sel2 kulit mati
Gambar diambil dari google

Masker untuk kulit muka berminyak dari Pisang

Bahan: Pisang, lemon dan madu

Cara2nya ialah:
-Ambil sebiji pisang, 1sudu madu dan sebiji lemon.
-Campurkan lenyekkan pisang dan madu dan letakkan beberapa titis jus lemon
-Biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas dengan air suam

Gambar diambil dari google



Masker untuk kulit muka berminyak dari Strawberi

Bahan: Srawberi dan yogurt

Cara-caranya ialah:
-Ambil 4-6 biji straberi dan lenyekkan didalam mangkuk
-Kemudian tambahkan sesudu yogurt dan sebatikan kedua-dua bahan ini
-Biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas dengan air suam

Masker untuk kulit muka berminyak dari Avocado

Bahan: Avocado putih telur dan limau

Cara-caranya ialah:
-Pukul putih telur di dalam mangkuk.
-Lenyekkan setengah biji buah avocado di dalam mangkuk yang lain
-Kemudian kedua-dua bahan tadi dicampurkan di dalam blender bersama-sama sesudu  perahan limau
-Letakkan pada muka dan biarkan beberapa minit sebelum dibilas

Masker untuk kulit muka berminyak dari Epal

Bahan: epal dan madu
Cara-caranya ialah:
-Ambil sebiji epal dan buangkan kulitnya.
-Blenderkan bersama 3 sudu madu
-Letakkan pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air
Ianya berkesan untuk mencerahkan pori-pori kulit.

Jadi, anda di luar sana bolehlah mencuba. Ingat, jika ingin kekal cantik, lakukan beberapa kali seminggu dan tidak berputus asa. Jika hanya lakukan sekali sahaja setahun, mana nak nampak kan hasilnya J


Oleh kerana bahan-bahanya mudah didapati, apa tunggu lagi. Selamat mencuba!

Cara dan petua untuk putihkan / cerahkan kulit muka


Assalamualaikum :)
Kali ini, nak sharekan kepada pembaca mengenai cara dan petua untuk memutihkan dan mencerahkan kulit muka secara semula jadi. Adakalanya, kita dilahirkan cerah, tetapi, oleh kerana terdedah dengan cahaya matahari, terlalu berjemur dan sebagainya menyebabkan kulit kita menjadi gelap. Semua orang kalau boleh nakkan cara untuk putihkan kulit dengan cepat. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang putihkan kulit iaitu daripada Glutahtione, Kojic Asid dan sebagainya. Produk-produk pemutih kulit ini berkesan kepada mereka yang serasi dengannya Tetapi, jika ingin menggunakan bahan yang neutral, anda boleh mencuba petua putihkan kulit dibawah ini.

Petua putihkan kulit muka dengan kulit buah oren
-Jemurkan kulit buah oren.
-Kemudian setelah betul2 kering, kisarkan dengan menggunakan mesin pengisar            
-Campurkan serbuk oren tadi dengan susu segar
-Letakkan pada kulit muka anda dan bilas dengan menggunakan  air suam
-Lakukannya setiap hari dan ianya mampu memutihkan kulit muka anda

Gambar sekadar hiasan


Petua putihkan kulit muka dengan kentang
-Kisar setengah biji kentang yang setengah masak sehingga halus
-Masukkan kentang terbabit kedalam mangkuk
-campurkan kentang tadi dengan sesudu susu segar dan sesudu tepung beras.
-Kacau bahan2 tadi sehingga rata
-Oleskan masker tadi pada muka dan dibiarkan selama 15-20 minit
-Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesannya
*info-kentang mempunyai enzim pencerah untuk mencerahkan kulit

Petua putihkan kulit muka degnan susu tepung, madu, lemon dan minyak almond
-Campurkan sedudu susu tepung, sesudu madu, sesudu jus lemon dan setengah sudu minyak almond
-Oleskan bahan terbabit pada muka dan biarkan selama 10-15 minit
-Basuhkan dengan air suam

Petua putihkan kulit muka dengan tomato
-Lenyekkan sebiji tomato dan campurkan 2-3 titis jus limau
-Oleskan pada muka dan biarkan selama 15-20 minit
-Lakukan 2 kali sehari selama 15-20 hari untuk hasil yang memuaskan


Dengan 4 petua diatas, anda bolehlah mencuba ye :)

Wednesday, 5 December 2012

Mengujakan! baby kembar main sepak2 dalam kandungan

Assalamualikum :)

Sangat comel bila melihat 2 orang janin dalam ibunya bermain sepak-sepak, mungkin yang kecil tu tak selesa kot. Video ni daripada youtube. Eh,comellll 






Segmen Kami Team Follow Back By Adreena




Assalamualaikum

Jom memeriahkan first segmen kami dari Adreena Ishak :)


Klik gambar untuk sertai




Okeh, lihat follower saya, hanya 3 orang sahaja. Saya blogger baru. Target follower, hanya 2O orang untuk tahun ini


Ini adalah bukti saya da follow blog awak :)

Disebabkan saya takde kawan lagi, jadi boleh tak saya nak tag seorang saja mangsa dari follower saya
iaitu Khalid Kyle

Syarat2 yang lain dah pon ditunaikan :)

Safee Sali terima gaji sekurang2nya RM100000 di Johor?

Petikan dari akhbar Kosmo

Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan telah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali secara pinjaman musim depan.Suhairi berkata, surat yang ditandatangani oleh Pengarah Arema, Ruddy Widodo menyatakan, Safee akan menyarung jersi Johor selama setahun bermula dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.

“Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama Johor. Kami memang bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 Disember (esok),” kata Suhairi ketika ditemui pemberita di Hotel Prince Kuala Lumpur malam tadi.
Mengulas mengenai yuran pinjaman dan gaji Safee, Suhairi berkata: “Berhubung perkara itu, kami tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia,” ujarnya.
Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa Safee akan mendapat gaji yang lebih baik daripada apa yang diterimanya bersama Arema.
Kosmo! difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan daripada Arema dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurang-kurangnya RM100,000 sebulan bersama Johor.
Baca artikel penuh di: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1205&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2E8jCdSu2

KREDIT TO KOSMO

Untungnya lah jadi pemain bola yang berbakat kan. Akan dibayar dengan gaji yang lumayan. Best of luck untuk Safee Sali di Johor nanti.

Tuesday, 4 December 2012

Cara dan petua untuk mengempiskan perut


Nak perut yang kempis? Jom ramai-ramai ikut cara dibawah. Perut kempis memang idaman semua wanita kan. Tetapi, lelaki juga boleh ikut langkah dibawah ini.

1. Makan makanan yang sihat dan kurangkan makanan ringan
Anda boleh menggantikan makanan ringan anda dengan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Percayalah, anda akan lihat perbezaannya.

2. Makan makanan yang mempunyai banyak protein
Kekacang dan daging adalah lebih baik. Tetapi ingat, jangan makan lemak yang terdapat padanya.

3. Makan dengan skala yang kecil
Makan dengan kadar yang mencukupi bukannya makan sehingga perut anda penuh. Jangan makan secara berlebihan kerana perut anda tahu sejauh mana ia boleh bekerja.




4. Makan makanan mentah
Makanan mentah yang dimaksudkan disini adalah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak. Hal ini kerana makanan mentah ini dapat mengurangkan kehilangan enzim pada makanan yang telah dimasak. Antara sayuran yang boleh dimakan mentah adalah seperti kubis, lobak, kubis bunga, salari, timun, bawang, pisang, beri dan tomato

5. Tidak makan sebelum tidur
Apabila kita tidur, fungsi badan kita akan menjadi perlahan, jadi ianya akan menyebabkan proses pencernaan makanan tidak akan berlaku dengan baik. Jika anda tidur lewat pula, jangan makan selepas pukul 9.30 p.m kerana makanan terbabit selalunya akan disimpan sebagai lemak

6. Minum banyak air kosong
Gantikan air yang bersoda dan air manis kepada air kosong.

7. Kurangkan pengambilan sodium
Cuba kurangkan penggunaan garam dan campuran lemak kedalam hidangan makanan. Penambahan garam dan minyak akan menyebabkan badan kita terbiasa untuk menjadi gemuk. Dengan mengurangkan penggunaan sodium, lemak-lemak pada kaki, perut dan muka akan kelihatan berkurangan

Monday, 3 December 2012

Gambar awek Wan Zack Haikal

Assalamualaikum,

Jalan-jalan tengok biodata wan Zack Hakal kat internet, sekali jumpa gambar dia bersama aweknya. Para wanita yang minat dia, nampaknya perlu berputus asa. Doakan sahaja yang baik buat mereka ya.


Personaliti diri dengan gaya tidur


Manusia sememangnya tidur dengan pelbagai jenis gaya dan cara. Kajian yang dibuat di barat telah mendedahkan kepada kita bahawa posisi tidur kita mampu menggambarkan personaliti kita. Oleh itu, terdapat beberapa jenis posisi tidur dan personaliti diri.


                                1                                                                 2
                              3                                                                    4
                                 gambar diambil dari health. yahoo.net



1. Fetal Position
Fetal position ini adalah seperti bayi dalam janin dimana manusia idur dengan badannya yang meringkuk kedalam.  Mereka yang tidur seperti ini dikatakan mempunyai personality dimana sering mencari keselesaan, sering berada dalam kebimbangan dan terlalu memikirkan  kerja seharian yang dihadapi oleh mereka.

2. Log position
Log position dimana anda tidur secara lurus menghadap sisi dan tangan diletakkan disisi badan. Mereka ini dikatakan bersifat tegar. Mereka yang tidur dalam keadaan begini sering menghadapi ketidakselesaan ketika tidur. Otot mereka tidak dapat berehat dengan betul sewaktu mereka tidur.

3. The Yearner
Posisi tidur The Yearners adalah mereka yang apabila bangun di waktu pagi, mereka akan mengejar keseronokan dan impian mereka yang ada di luar sana. Akan tetapi, mereka juga mungkin akan mengejar impian yang tidak difokuskan oleh mereka. Adakalanya mereka merasakan bahawa impian akan mengejar mereka dan bukannya mereka mengejar impian.

4. The Freefall Position
Freefall position ini adalah tidur secara terlangkup ini merupakan mereka yang sukar untuk dikawal dan bertindak sedikit melulu.

Kelebihan dan tips untuk kulit muka berminyak


Assalamualaikum.

Kulit anda beminyak? Jangan membencinya. Kerana tidak semua perkara negatif muncul untuk kulit muka berminyak seperti mudah ditumbuhi jerawat. Sebenarnya terdapat beberapa kelebihan kepada mereka yang mempunyai kulit muka bermunyak. Jom kita tengok antara kelebihan yang ada pada mereka yang mempunyai kulit muka jenis ini.

Mengurangkan Penuaan:
Kepada mereka yang mempunyai kulit muka berminyak, mereka akan dapat mengurangkan proses penuaan. Kulit bermnyak akan mengurangkan penuaan seperti kedutan yang ada di muka dan garis-garis halus. Okeh, best tak kalau orang kulit berminyak ini akan kelihatan seperti awet muda?

Membantu kulit kelihatan lebih segar
Dengan adanya kulit muka berminyak, ia akan membantu mereka yang menggunakan  foundation di muka supaya kelihatan lebih segar


Dari google

Diatas adalah antara kelebihan orang yang memiliki kulit muka berminyak. Akan tetapi, kulit muka berminyak ini perlu dijaga supaya ianya kelak tidak akan mudah dijangkiti jerawat. Oleh itu, terdapat tips untuk mengawal kulit muka berminyak secara berlebihan.

Rawatan untuk kulit berminyak
1. Menggunakan air suam ketika membasuh muka anda kerana ia dapat membantu untuk menyerap kelembapan yang berlebihan
2. Tidak terlalu mencuci muka anda dengan menggunakan pelembab yang berlebihan kerana ianya akan menjadikan kulit anda semakin teruk
3. Guna pencuci muka yang disyorkan untuk kulit muka berminyak.
4. Menggunakan masker yang dikhaskan untuk kulit muka berminyak beberapa kali seminggu untuk menyerap kelembapan yang berlebihan supaya kelihatan bersih dan segar

Keseluruhannya terdapat kelebihan jika anda memiliki kulit muka berminyak dan rawatannya juga lebih mudah berbanding dengan kulit kering Mungkin sukar untuk menghapuskan secara terus kulit muka yang berminyak, tetapi terdapat pelbagai cara untuk mengawalnya. Jadi bersyukurlah kepada mereka yang mempunyai kulit muka yag berminyak.

Sunday, 2 December 2012

Cara dan petua menghilangkan parut pada badan


Assalamualaikum
Kali ini kita lihat pula cara-cara untuk menghilangkan parut pada badan. Parut adakalanya menyebabkan kita hilang keyakinan diri. Jadi, terdapat beberapa cara utuk menghilangkan parut yang terdapat pada badan. 

Antaranya ialah,
     1.       Ambil kulit pisang, gosokkan pada bahagian parut.
     2.       Ambil sedikit ubat gigi dan gosokkan pada parut
     3.       Ambil kulit kayu manis, basahkan sedikit dengan air dan asahkan pada belakang lesung batu. Kemudian kulit kayu manis tersebut disapukan pada bahagian yang terkena parut


Gambar dari google


Okeh, itu adalah cara-cara untuk melakukan secara tradisional. Jika terasa leceh, boleh guna produk menghilangkan parut yang disyorkan oleh farmasi. Antaranya ialah Bio-Oil, Mederma, Cocoa Butter Oil dan Dermatix. Mengikut testimoni keatas diri sendiri, saya telah menggunakan Biob Oil, Cocoa Butter Oil dan Dermatix untuk menghilangkan parut biasa. Sukar menghilangkannya kerana tidak berdisiplin. Tetapi apabila digunakan dengan berdisiplin, parut kelihatan pudar.

Selamat mencuba 

Cara dan petua putihkan gigi


Assalamualaikum,
Gigi kuning? Siapa suka kan? Ada yang menyatakan bahawa terdapat sebahagian manusia yang mempunyai gigi berwarna gading sejak dilahirkan lagi. Ada juga giginya yang berwarna putih. Akan tetapi, kekerapan merokok terutamanya boleh menyebabkan gigi seseorang itu bertukar menjadi warna kuning. Selain itu, pengambilan kopi juga adalah faktor yang mendorog kepada kekuningan gigi. Oleh itu, terdapat pelbagai petua dan cara untuk memutihkan kembali gigi kita supaya keyakinan diri terus wujud.




Antara petua dan cara untuk memutihkan gigi ialah:
1. Ambil arang dan gosokkan pada gigi yang bewarna kuning. Cuba selalu sehingga terlihat hasilnya.
2. Campurkan garam dengan sedikit lemon dan gosokkan pada gigi yang kuning.
3. Gosok gigi dengan baking soda terlebih dahulu sebelum menggosokkan gigi anda seperti biasa
4. Campurkan sedikit garam pada ubat gigi sewaktu menggosok gigi anda

Ini adalah sebahagian daripada cara memutihkan gigi. Selamat mencuba dan mendapat gigi yang putih dan senyuman yang menawan.

Download dan muat turun borang BR1M 2.0

Borang BR1M 2.0
Kepada sesiapa yang rasa layak kiranya untuk download borang BR1M, bolehlah berbuat demikian di


Cara dan petua untuk memerahkan bibir


Bibir seksi dan merah memang menjadi impian ramai wanita. Oleh itu, terdapat beberapa petua yang dikatakan mampu untuk mencerahkan bibir daripada terus kusam dan lebam. Antaranya ialah:

1. Oleskan madu asli pada bibir setiap malam sebelum anda tidur dan In Sha Allah bibir akan merah secara semula jadi.
2. Sapukan mentega atau minyak zaitun pada bibir sebelum tidur
3. Ambil sedikit perahan air halia dan oleskan pada bibir sebelum tidur
4. Letakkan sedikit ubat gigi pada bibir sewaktu anda tidur pada bibir anda.


Petua merahkan bibir
(gambar google)



Petua no 4 untuk mecerahkan bibir itu adalah tidak digalakkan sangat. Saya pernah mencuba, memang bibir menjadi sangat merah, tetapi selang beberapa hari kemudiannya, kulit bibir saya mengelupas.

 Selamat mencuba. Harap berjaya :)

Cara dan petua putihkan ketiak


Pasti ramai pembaca-pembaca diluar sana inginkan petua putihkan ketiak terutamanya para wanita. Yelah kan, siapa suka kalau ketiak berdaki atau ketiak hitam ye tak. Mestilah malu kepada sang suami. Adakalanya, ketiak hitam ini akibat pemakaian deoderon. Oleh itu terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk memutihkan ketiak antaranya ialah


Petua putihkan dan cerahkan ketiak
gambar dari google

        1.      Ambil air perahan lemon dan campurkan dengan sedikit kapur sireh dan gosokkan pada ketiak yang hitam berkenaan selepas mandi. Bilas ketiak anda setelah 15 minit.
       2.      Ambil air perahan lemon dan campurkan dengan sedikit baking powder dan gosokkan pada ketiak anda sebelum tidur. Cuci pada hari esoknya.
        3.      Parut sengkuang dan campurkan dengan bedak sejuk lalu diletakkan pada ketiak sebelum tidur waktu malam

Petua diatas ini adalah petua yang diamalkan oleh orang-orang lama. Saya hanya boleh kongsikan sahaja, hasilnya terpulang kepada tindakbalas kulit kita sendiri. Kerana adakalanya, terdapat iritasi pada kulit ataupun kepedihan apabila memutihkan kulit dengan menggunakan limau. Semoga anda semua akan memperolehi ketiak yang putih.