Assalamualaikum,
Gigi kuning? Siapa suka kan? Ada yang menyatakan bahawa terdapat
sebahagian manusia yang mempunyai gigi berwarna gading sejak dilahirkan lagi.
Ada juga giginya yang berwarna putih. Akan tetapi, kekerapan merokok
terutamanya boleh menyebabkan gigi seseorang itu bertukar menjadi warna kuning.
Selain itu, pengambilan kopi juga adalah faktor yang mendorog kepada kekuningan
gigi. Oleh itu, terdapat pelbagai petua dan cara untuk memutihkan kembali gigi
kita supaya keyakinan diri terus wujud.
Antara petua dan cara untuk memutihkan gigi ialah:
1. Ambil arang dan gosokkan pada gigi yang bewarna kuning. Cuba
selalu sehingga terlihat hasilnya.
2. Campurkan garam dengan sedikit lemon dan gosokkan pada gigi
yang kuning.
3. Gosok gigi dengan baking soda terlebih dahulu sebelum
menggosokkan gigi anda seperti biasa
4. Campurkan sedikit garam pada ubat gigi sewaktu menggosok
gigi anda
Ini adalah sebahagian daripada cara memutihkan gigi. Selamat
mencuba dan mendapat gigi yang putih dan senyuman yang menawan.
No comments:
Post a Comment