Manusia sememangnya tidur dengan pelbagai jenis gaya dan cara. Kajian
yang dibuat di barat telah mendedahkan kepada kita bahawa posisi tidur kita
mampu menggambarkan personaliti kita. Oleh itu, terdapat beberapa jenis posisi
tidur dan personaliti diri.
1 2 |
3 4 gambar diambil dari health. yahoo.net |
1. Fetal
Position
Fetal
position ini adalah seperti bayi dalam janin dimana manusia idur dengan
badannya yang meringkuk kedalam. Mereka
yang tidur seperti ini dikatakan mempunyai personality dimana sering mencari
keselesaan, sering berada dalam kebimbangan dan terlalu memikirkan kerja seharian yang dihadapi oleh mereka.
2. Log
position
Log
position dimana anda tidur secara lurus menghadap sisi dan tangan diletakkan
disisi badan. Mereka ini dikatakan bersifat tegar. Mereka yang tidur dalam
keadaan begini sering menghadapi ketidakselesaan ketika tidur. Otot mereka
tidak dapat berehat dengan betul sewaktu mereka tidur.
3. The
Yearner
Posisi
tidur The Yearners adalah mereka yang apabila bangun di waktu pagi, mereka akan
mengejar keseronokan dan impian mereka yang ada di luar sana. Akan tetapi, mereka
juga mungkin akan mengejar impian yang tidak difokuskan oleh mereka. Adakalanya
mereka merasakan bahawa impian akan mengejar mereka dan bukannya mereka
mengejar impian.
4. The
Freefall Position
Freefall
position ini adalah tidur secara terlangkup ini merupakan mereka yang sukar
untuk dikawal dan bertindak sedikit melulu.
No comments:
Post a Comment