Assalamualaikum.
Kulit anda beminyak? Jangan membencinya. Kerana tidak semua
perkara negatif muncul untuk kulit muka berminyak seperti mudah ditumbuhi
jerawat. Sebenarnya terdapat beberapa kelebihan kepada mereka yang mempunyai
kulit muka bermunyak. Jom kita tengok antara kelebihan yang ada pada mereka
yang mempunyai kulit muka jenis ini.
Mengurangkan Penuaan:
Kepada mereka yang mempunyai kulit muka berminyak, mereka
akan dapat mengurangkan proses penuaan. Kulit bermnyak akan mengurangkan
penuaan seperti kedutan yang ada di muka dan garis-garis halus. Okeh, best tak
kalau orang kulit berminyak ini akan kelihatan seperti awet muda?
Membantu kulit kelihatan lebih segar
Dengan adanya kulit muka berminyak, ia akan membantu mereka
yang menggunakan foundation di muka
supaya kelihatan lebih segar
Diatas adalah antara kelebihan orang yang memiliki kulit muka berminyak. Akan tetapi, kulit muka berminyak ini perlu dijaga supaya ianya kelak tidak akan mudah dijangkiti jerawat. Oleh itu, terdapat tips untuk mengawal kulit muka berminyak secara berlebihan.
Rawatan untuk kulit berminyak
1. Menggunakan air suam ketika membasuh muka anda kerana ia
dapat membantu untuk menyerap kelembapan yang berlebihan
2. Tidak terlalu mencuci muka anda dengan menggunakan pelembab
yang berlebihan kerana ianya akan menjadikan kulit anda semakin teruk
3. Guna pencuci muka yang disyorkan untuk kulit muka berminyak.
4. Menggunakan masker yang dikhaskan untuk kulit muka berminyak
beberapa kali seminggu untuk menyerap kelembapan yang berlebihan supaya kelihatan
bersih dan segar
Keseluruhannya terdapat kelebihan jika anda memiliki kulit
muka berminyak dan rawatannya juga lebih mudah berbanding dengan kulit kering Mungkin
sukar untuk menghapuskan secara terus kulit muka yang berminyak, tetapi
terdapat pelbagai cara untuk mengawalnya. Jadi bersyukurlah kepada mereka yang mempunyai kulit muka yag berminyak.
No comments:
Post a Comment