Assalamualaikum :)
Rambut merupakan satu
aset kepada wanita dan juga lelaki. Walaubagaimanapun, terdapat rata-rata
rakyat Malaysia menghidapi kelemumur pada kulit kepala mereka. Hal ini
kadangkala memalukan bagi kita kerana sukar untuk memakai baju yang bewarna
gelap kerana dikhuatiri kelemumur terbabit akan terjatuh di bahu baju. Tetapi anda semua perlu tahu terdapat petua
untuk menghilangkan kelemumur dengan menggunakan bahan semulajadi. Ianya dapat
memberikan keputusan jangka masa panjang dan dapat menghindari diri daripada
menggunakan bahan-bahan kimia.
Gambar dari googe (sekadar hiasan) |
So, jom kita tengok
petua-petua untuk menghilangkan kelemumur supaya anda boleh menjadi yakin
semula.
1. Jus lemon dengan minyak
kelapa untuk menghilangkan kelemumur
Ambil 1 sudu makan jus
lemon dengan 5 sudu makan minyak kelapa. Kisarkan kedua-dua bahan ini. Letakkan
bahan ini pada kullit kepala. Biarkan selama 20-30 minit sebelum dibilas.
Kemudian basuh kembali rambut anda dengan shampoo. Jus lemon dikatakan
merupakan satu bahan semulajadi untuk kelemumur dan mampu untuk menghilangkan
keruping-keruping kelemumur pada kulit kepala.
2. Cuka untuk menghilangkan kelemumur
Cuka dikatakan merupakan cara yang paling berkesan
untuk menghilangkan kelemumur. Cuka dikatakan kaya dengan potassium dan enzim
yang membantu untuk merawat kegatalan kulit kepala dan kelemumur. Caranya ialah
dengan mengambil cuka epal dan urutkan pada kulit kepala selama 5-7 minit. Cuka
epal ini mampu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati yang tersumbat pada
folikel-folikel rambut lalu menyebabkan kelemumur.
Juga dari google(Ini adalah apple cider) |
.
3. Baking Soda untuk menghilangkan kelemumur
Baking Soda berpotensi untuk menghilangkan kelemumur
dan keruping-keruping yang melekat pada kulit kepala. Caranya ialah campurkan
satu sudu makan baking soda dengan shampoo ditangan. Kemudian gosokkan pada
kulit kepala. Kemudian bilas seperti biasa. Anda akan melihat kelemumur pada
kepala anda akan hilang
4. Jel Aloe Vera untuk merawat kelemumur
Ambil jel Aloe Vera dan gosokkan ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit.
Kemudian bilas rambut seperti biasa.
5. Bawang merah untuk
menghilangkan kelemumur
Ambil bawang merah yang
telah ditumbuk halus. Letakkan pada kawasan kelemumur selama satu jam. Kemudian
basuh dengan sebersihya Untuk menghilangkan bau bawang tersebu, letakkan jus
lemon pada rambut anda.
Ini antara lima petua semula jadi yang anda semua boleh aplikasikan dirumah. Bahan-bahannya semula jadi dan mudah didapati. Jadi, apa tunggu lagi, selamat mencuba ya kawan-kawan
thanks for sharing ^^
ReplyDeleteaien copy tau entry nie.. untuk simpanan peribadi.. hehe.. awak.. aien tag awak kat blog aien.. jom r join..
ReplyDeletehttp://aienhermionie27.blogspot.com/2013/01/contest-themostmemorable2012moment.html