Pasti ramai pembaca-pembaca diluar
sana inginkan petua putihkan ketiak terutamanya para wanita. Yelah kan, siapa
suka kalau ketiak berdaki atau ketiak hitam ye tak. Mestilah malu kepada sang
suami. Adakalanya, ketiak hitam ini akibat
pemakaian deoderon. Oleh itu terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk
memutihkan ketiak antaranya ialah
1.
Ambil
air perahan lemon dan campurkan dengan sedikit kapur sireh dan gosokkan pada
ketiak yang hitam berkenaan selepas mandi. Bilas ketiak anda setelah 15 minit.
2.
Ambil
air perahan lemon dan campurkan dengan sedikit baking powder dan gosokkan pada
ketiak anda sebelum tidur. Cuci pada hari esoknya.
3.
Parut
sengkuang dan campurkan dengan bedak sejuk lalu diletakkan pada ketiak sebelum
tidur waktu malam
Petua diatas ini adalah petua yang
diamalkan oleh orang-orang lama. Saya hanya boleh kongsikan sahaja, hasilnya
terpulang kepada tindakbalas kulit kita sendiri. Kerana adakalanya, terdapat
iritasi pada kulit ataupun kepedihan apabila memutihkan kulit dengan
menggunakan limau. Semoga anda semua akan memperolehi ketiak yang putih.
No comments:
Post a Comment