Assalamualaikum :)
Kali ini, nak sharekan
kepada pembaca mengenai cara dan petua untuk memutihkan dan mencerahkan kulit muka secara
semula jadi. Adakalanya, kita dilahirkan cerah, tetapi, oleh kerana terdedah
dengan cahaya matahari, terlalu berjemur dan sebagainya menyebabkan kulit kita
menjadi gelap. Semua orang kalau boleh nakkan cara untuk putihkan kulit dengan cepat. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang putihkan kulit iaitu daripada Glutahtione, Kojic Asid dan sebagainya. Produk-produk pemutih kulit ini berkesan kepada mereka yang serasi dengannya Tetapi, jika ingin menggunakan bahan yang neutral, anda boleh mencuba petua putihkan kulit dibawah ini.
Petua putihkan kulit muka dengan kulit buah oren
-Jemurkan kulit buah oren.
-Kemudian setelah betul2
kering, kisarkan dengan menggunakan mesin pengisar
-Campurkan serbuk oren tadi
dengan susu segar
-Letakkan pada kulit muka anda
dan bilas dengan menggunakan air suam
-Lakukannya setiap hari dan
ianya mampu memutihkan kulit muka anda
Petua putihkan kulit muka dengan kentang
-Kisar setengah biji
kentang yang setengah masak sehingga halus
-Masukkan kentang terbabit
kedalam mangkuk
-campurkan kentang tadi dengan
sesudu susu segar dan sesudu tepung beras.
-Kacau bahan2 tadi sehingga
rata
-Oleskan masker tadi pada
muka dan dibiarkan selama 15-20 minit
-Amalkan setiap hari untuk
mendapatkan kesannya
*info-kentang mempunyai
enzim pencerah untuk mencerahkan kulit
Petua putihkan kulit muka degnan susu tepung, madu, lemon dan minyak almond
-Campurkan sedudu susu
tepung, sesudu madu, sesudu jus lemon dan setengah sudu minyak almond
-Oleskan bahan terbabit
pada muka dan biarkan selama 10-15 minit
-Basuhkan dengan air suam
Petua putihkan kulit muka dengan tomato
-Lenyekkan sebiji tomato dan
campurkan 2-3 titis jus limau
-Oleskan pada muka dan
biarkan selama 15-20 minit
-Lakukan 2 kali sehari
selama 15-20 hari untuk hasil yang memuaskan
Dengan 4 petua diatas, anda bolehlah mencuba ye :)
Wilma nak cuba petua #4 ^_^
ReplyDeleteselamat mencuba, saya pon sedang mencuba kerana kulit menjadi gelap akibat selalu berjemur
ReplyDeleteBudak2 skola yg aktif ikut camping, kawad kaki n besukan sgt memerlukan petua2 nie :D
ReplyDelete