Tuesday 23 July 2013

Rumah mereka adalah sangkar

Assalamualaikum

Bukan semua orang mengalami kesenangan hidup. Bukan juga semua orang mengalami kepayahan hidup. Tapi pada saya, gambar-gambar dibawah membuktikan bahawa bukan semua orang mampu hidup dengan selesa, ada juga yang tidak merasai kesenangan yang kita rasakan.








Perkara ini berlaku di Hong Kong, China. Tak semua penduduk merasakan hidup selesa. Namun desakan hidup menyebabkan mereka terpaksa tinggal dalam keadaan begini. Ada juga yang sudah terbiasa dengan cara hidup begini sejak beberapa tahun yang lalu.

p/s: Banyak lagi gambar-gambar mereka, hanya taip cage home in Hong Kong, terpampang gambar-gambar yang pada saya cukup menyedihkan


Monday 22 July 2013

Petua untuk menghilangkan cirit-birit

Cirit-birit memang merupakan satu perkara yang sangat tidak best jika berlaku pada diri kita. Mana taknya, diri perlu sentiasa dekat dengan tandas. Mahu keluar rumah pun sukar jika cirit-birit melanda diri. Oleh itu, terdapat petua orang-orang kampung pada zaman dahulu untuk melegakan cirit-birit yang berlaku pada diri.

1. Petua merawat cirit birit dengan beras
Ambil segenggam beras dan goreng hingga hangus. Kemudian masukkan beras yang hangus itu kedalam segelas air masak. Tapiskan air berkenaan dan minum lah air berkenaan dua atau tiga kali.

2. Petua merawat cirit birit dengan daun ketapang
Ambil 5-7 helai daun ketapang dan direbus dengan satu gelas air. Kemudian minum air berkenaan apabila berlaku cirit-birit.

3. Petua merawat cirit birit dengan ciku muda
Ambil sebiji buah ciku muda dan buangkan kulitnya. Kemudian tumbuk buah ciku berkenaan sehingga lumat. Kemudian campurkan dengan segelas air dan tapis air ciku berkenaan. Minum air berkenaan apabila berlaku cirit birit.

4. Petua merawat cirit birit dengan bawang merah
Ambil dua biji bawang merah dan tumbuh sehingga lumat. Campurkan bawang berkenaan dengan sebiji putih telur ayam kampung dan sedikit halia yang telah ditumbuk dengan lumat. Campurkan ramuan itu sehingga sekata dan sapukan pada perut ramuan berkenaan. Kemudian, ambil sehelai kertas dan lekapkan pada perut.

5. Petua merawat cirit birit dengan daun jambu batu
Ambil kira-kira 10 pucuk jambu batu. Kemudian bersihkan pucuk berkenaan dan digilingkan sehingga lumat.  Bahan yang lumat berkenaan dicampurkan dengan segelas air dan diminum.

Petua merawat cirit birit dengan menggunakan air teh
Ambil secamca besar daun teh asli yang telah kering. Kemudian rebuskan dengan segelas air. Setelah mendidih, tapis air berkenaan dan minum.

Cara-cara merawat cirit birit secara tradisional ini telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu. Selamat mencuba kepada mereka yang sedang mengalami cirit birit.

Sunday 14 July 2013

Petua dan cara memontokkan buah dada

Assalamualaikum

Tips kali ini lebih kelihatan sesuai ntuk mereka yang dewasa dan berumahtangga. Buah dada merupakan aset perempuan yang bernilai. Terus kepada topik, jom tengok petua untuk memontokkan buah dada bagi kaum hawa.


1.Buah dada montok dengan kacang panjang
Ambil lebih kurang sepuluh biji kacang panjang yang masih muda. Kemudian tumbuh sehingga lumat. Seterusnya hasil tumbukan tadi akan mengeluarkan air. Ambil air kacang panjang tadi kemudian ratakan pada buah dada anda secara rata. Lakukan perkara ini 2 kali seminggu. Mudah-mudahan, hasiilnya akan berjaya.

2. Buah dada montok dengan lengkuas
Ambil dua ibu jari lengkuas dan diparut sehingga halus. Kemudian campurkan dengan tepung beras dan air sehingga rata. Sapukan pada buah dada anda pada waktu pagi dan malam sebelum tidur secara konsisten

3. Buah dada montok dengan daun sireh
Ambil minyak kelapa  dan sapukan pada permukaan sireh. Hangatkan ke atas api sehingga terasa suam-suam kuku dan setelah layu, sapukan pada buah dada kecuali bahagian putingnya. Setelah dingin, gantikan dengan yang baru. Amalkan 2 kali sehari secara konsisten


4. Buah dada tegang dengan  putih telur
Ambil putih telur disapu rata-rata di sekeliling buah dada. Biarkan kering dan pada pagi esoknya barulah dibersihkan seperti biasa. Amalkan setiap malam sebelum tidur.

5. Buah dada tegang dengan sengkuang
Ambil sengkuang dan parut. Parutan itu disapukan ke atas buah dada. Biarkan kering dan bolehlah dibasuh dengan air bersih. Amalkan selalu.

Sekian sahaja 5 petua diatas untuk buah dada anda supaya montok dan tegang. Bila dah dapat payudara yang diingini, ingatlah, jangan dok tayang2 kat bukan muhrim naaa....ianya hanya untuk tontonan dan suami sahaja.


Saturday 13 April 2013

15 tanda lelaki jatuh cinta

Assalamualaikum 

Bercinta memang indah, tetapi pernah tak terfikir bahawa adakah pasangan kita itu sebenarnya betul-betul cintakan kita atau tidak. Kadang-kadang, selalu juga lihat apabila pihak lelaki berlaku curang dan tidak serius dalam sesuatu perhubungan. Kadang-kadang, perempuan pun ada juga yang berlaku curang. So, kat sini, ada beberapa tips yang saya dapat dari buku mengenai tanda-tanda yang pasangan kita itu sememangnya jatuh cinta terhadap diri kita. Jom lihat satu persatu.

  • Si dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu terhadap pasangannya dengan rela dan tanpa dipaksa.
  • Si dia berusaha untuk menghiburkan pasangannya. Sanggup berubah untuk membuat sesuatu perkara yang lawak dan membuatkan pasangannya tersenyum apabila pasangannya sedang berduka.
  • Si dia sering menasihati pasangannya terutamanya dari segi keselamatan pasangannya jika ingin kemana-mana.
  • Si dia kadangkala mengongkong kebebasan kekasihnya terutamanya bila kekasihnya ingin keluar bersama lelaki-lelaki lain. Ada lelaki yang tidak kisah pasangannya keluar secara berkumpulan tetapi, mereka akan kisah jika pasangannya keluar dengan lelaki lain walaupun mereka hanya berkawan. Maklumlah, cemburu tandanya sayang.
  • Si dia takut akan kehilangan pasangannya. Kalau boleh setiap saat mahu mengetahui keadaan pasangannya yang jauh dari pandangan mata.\
  • Si dia merasa sensitif apabila pasangannya tidak memberikan perhatian terhadap dirinya.
  • Si dia cemburu dan berasa tidak selamat apabila ada lelaki lain yang datang ingin mencantas kekasihnya.



Sekadar hiasan (dari drama Full House)

  • Si dia kadangkala berubah menjadi seperti budak kecil yang cuba menarik perhatian pasangannya.
  • Si dia tidak akan melayan mana-mana perempuan lain kecuali jika ada urusan yang sepatutnya.
  • Si dia membanggakan pasangannya dihadapan rakan-rakanya.
  • Si dia sama sekali tidak akan berlaku curang, jika si dia melayan perempuan-perempuan lain, maka berjaga-jagalah kerana mungkin si dia tidak seratus peratus cintakan anda.
  • Si dia akan merasa tidak senang duduk jika pasangannya terlalu lama merajuk kepada dirinya.
  • Si dia lebih mementingkan keselamatan diri pasangan daripada dirinya.
  • Si dia akan meluangkan lebih banyak masa bersama pasangannya jika pasangannya bersedih.
  • Si dia sanggup menitiskan air mata dihadapan pasangannya. Tetapi awas, ada juga lelaki yang berpura-pura menangis untuk perempuan.

Jadi, tanda-tanda ini ada tak pada pasangan anda? Walau apa pun, perasaan bercinta memang membahagiakan, tetapi anda perlu tahu bagaimana untuk membataskan diri anda.

p/s: Jika saya bersedih, pasangan saya sering membawa saya ke tepi pantai. Anda pula bagaimana?

Wednesday 20 March 2013

Terima duit dari Ensurvey

Assalamualaikum

Wahai para blogger sekalian, selain daripada Says, Nuffnang, Churp2 dan macam-macam lagi tu, anda semua juga boleh terima pendapatan melalui survey yang dijalankan oleh pihak EnSurvey. Saya dah start guna EnSurvey ni daripada bulan Januari lagi. Senang je surveynya, hanya jawab yes or no atau tandakan pada bulatan yang disediakan sahaja. Selain buat survey ni, kita juga boleh tahu hasil survey kita dengan orang ramai. Selain itu, yang bestnya lagi, sekali kita lakukan survey, boleh dapat lebih dari RM 1.00. 


Duit yang dikumpul selepas menjalankan 5 kali survey. Sekarang menunggu survey terbaru.
                                 

antara survey2 yang ada
Cara mendaftar EnSurvey (Sign up) pada petak merah

Mudah kan caranya, jadi anda semua, apa tunggu lagi, jom ramai2 daftar En Survey ni.
Untuk mendaftar, boleh klik DISINI
                           


                                       



Tuesday 26 February 2013

Petua dan cara hilangkan bintik hitam / blackhead pada muka

Assalamualaikum 


Rungsing dengan bintik hitam yang ada di muka, terpikir-pikir cara untuk hilangkan blackhead / bintik hitam dengan berkesan. Sekarang ini di pasaran terdapat pelbagai produk yang mampu hilangkan bintik hitam pada  wajah anda terutama sekali pada hidung. Saya sendiri terpengaruh dengan pelbagai nose pore pack yang dijual di pasaran yang berdekatan. Antara produk yang boleh digunakan untuk menghilangkan bintik hitam atau blackhead di hidung adalah dengan menggunakan produk dibawah.



Pore pack dari oxy

gambar tidak jelas, kualiti kamera tidak memuaskan

Untuk menghilangkan bintik hitam atau putih di hidung, saya lebih gemar menggunakan jenama dari oxy kerana merasakan bahawa ianya melekat kuat berbanding biore nose pore pack. Bioglo juga best tapi pada saya oxy lagi best. Selain menggunakan pore pack diatas, terdapat petua-petua yang boleh digunakan supaya tidak berlaku pembaziran wang. Antara petua yang boleh menghilangkan bintik hitam pada wajah ialah:

1. Hilangkan bintik hitam dengan kentang
Parut sebiji kentang, kemudian sapukan pada wajah, hidung dan dagu selama 15 minit untuk menghilangkan bintik hitam. Biarkan ianya sehingga kering dan basuhkan muka anda dengan bersih selepas itu.

2. Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan gula
Letakkan beberapa titisan perahan lemon keatas sesudu gula dan gosokkan secara lembut pada wajah, hidung dan dagu. Ianya mampu menanggalkan bintik hitam dan kulit-kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit menjadi bersih dan bersinar/glowing

3.Hilangkan bintik hitam dengan yogurt
Ambi dua sudu makan yogurt dan sesudu makan perahan lemon. Campurkan bahan terbabit dan sapukan pada kawasan muka untuk menghilangkan bintik hitam

4.Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan minyak zaitun.
Campurkan beberapa titis perahan lemon dengan 5 titis minyak zaitun. Kemudian sapukan pada kawasan yang ditumbuhi bintik hitam.

5.Hilangkan bintik hitam dengan putih telur
Cara ini diaplikasikan oleh ramai orang. Ambil putih telur, kemudian sapukan pada wajah dan letakkan tisu pada wajah. Kemudian tarik tisu berkenaan apabila putih telur yang disapukan pada wajah sudah kering. Selain itu, ambil sebiji putih telur dan campurkan dengan sesudu makan madu. Campuran tadi kemudiannya diletakkan pada kawasan wajah. Kemudian ambil tisu dan letakkan pada wajah. Tunggu sehingga kering barulah dicabut tisu berkenaan.

6. Hilangkan bintik hitam dengan wapkan wajah
Wapkan wajah adalah perkara paling mudah untuk menghilangkan bintik hitam. Ianya mampu membuka liang-liang roma yang tersumbat dan membersihkan liang tersebut lalu menyebabkan bintik hitam segan untuk tumbuh dimuka. Wapkan muka anda dua kali seminggu. 


Dah baca?. Kesimpulannya terdapat pelbagai cara untuk menghiangkan blackhead pada wajah kita, sama ada menggunakan kos yang tinggi atau yang rendah. Jika anda semua rasa tidak perlu membazir, maka cualah petua yang menggunakan bahan semulajadi di atas. Selamat mencuba.

Sunday 24 February 2013

Cara dan petua hilangkan bau ketiak

Bau ketiak? Tiada siapa suka. Tak kisah lah seseorang itu cantik atau tidak, kacak atau tidak, tapi kalau ketiak berbau, cukup untuk membuatkan orang disekeliling anda pening. Oleh itu, terdapat pelbagai petua menggunakan bahan semula jadi untuk menghilangkan bau ketiak. 

1. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan  limau kasturi
Makan kulit limau kasturi yang telah pun masak atau tua. Amalkannya selama seminggu dan lihat hasilnya.

2. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan  daun sireh
Ambil daun sireh kira-kira 10 helai. Seelok-eloknya ambil daun yang telah tua. Kemudian rebus daun sireh berkenaan di dalam periuk yang dipenuhi 3/4 air. Selepas itu, tunggu air tersebut kering kira-kira tinggal setengah periuk. Seterusnya minum air sireh yang telah sejuk itu.

Daun sireh


3. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan kapur dan air limau
Campurkan kapur makan dan perahan air limau nipis. Campuran itu dihasilkan dengan pekat dan kemudian sapukan pada ketiak anda.

4. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan putik limau kasturi
Ambil putik limau kasturi dan dimakan pada waktu pagi, tengahari atau malam. Putik ini juga boleh dibuat ulam dan dimakan bersama dengan nasi. Amalkannya setiap hari.

5. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan minyak kelapa
Colek minyak kelapa dan sapukan rata-rata dibahagian ketiak untuk menghilangkan bau ketiak anda.

6.  Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan belakang tangan
Apabila mandi dan bersabun, gosokkan bahagian ketiak anda dengan belakang tapak tangan dan bukannya dengan tapak tangan.


Inilah serba sedikit cara untuk menghilangkan bau ketiak. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya melakukannya dengan konsisten dan bebas dari ketiak berbau.

Friday 22 February 2013

Sekadar Renungan

Assalamualaikum 

Rasullulah s.a.w bertemu Saidina Ali bin Abu Talib dan menyuruhnya membuat pilihan sama ada mahu lima ribu ekor kambing atau lima perkataan yang baik untuk dunia dan akhirat. Ali memilih lima perkataan.
Rasulluluah s.a.w kemudian menyatakan lima perkataan itu berupa doa yang sesuai dibaca setiap hari.

Doa itu bermaksud:
" Ya Allah, ya Tuhanku, Ampunilah dosaku, Lengkapkan budi pekertiku, sempurnakan usahaku, puaskan hatiku terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan hatiku terpedaya oleh apa yang Engkau halaukan daripadaku."

Nabi Muhammad menyarankan agar doa ini diamalkan setiap hari kerana didalamnya ada maksud yang amat penting iaitu mendapat keampunan, lengkapkan budi pekerti, sempurna usaha, puas hati dengan rezeki diterima dan tidak terpedaya.

Abu Hurairah pula meriwayatkan ahawa Rasullulah pernah menganjurkan Salman al-Khair supaya setiap masa baik siang atau malam memohon doa yang bermaksud:
"Ya Alaah ya Tuhanku, hamba memohon keimanan yang baik, keyakinan dalam keluhuran budi, kejayaan demi kejayaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat"

Nota kaki:
Semoga kita sama-sama mengamalkan doa ini :)

Tuesday 22 January 2013

Produk-produk hilangkan parut

Assalamualaikum

Selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Hari ini saya nak ceritakan pasal parut. Tak kisah lah parut di muka, di tangan, di kaki dan dibadan, mesti ramai yang tak suka kan kalau ada parut. Terasa keyakinan diri tu macam rendah je kan. Macam tu jugak saya, saya ni senang untuk mendapat luka. Itu belum lagi parut-parut. Jadi apa yang saya buat untuk hilangkan parut. Dengan rasa membazirnya saya dah membeli produk-produk untuk menghilangkan parut. 

Bio Oil. Cocoa Butter. Dermatix
Testimoni guna Bio-Oil
Dari segi bau, memang best, saya memang suka bau Bio- Oil ini. Saya gunakan Bio-oil ini hanya di kawasan kaki sahaja. Tetapi malangnya, keputusan tak berapa nak best. Bukan salah Bio Oil, tapi saya tak gunakan sekerap yang mungkin. Sukar bagi saya untuk gosokkan ditempat berparut setiap pagi dan masa lapang kerana banyak komitmen lain. Bayangkan botol Bio-Oil ni dah hampir tiga tahun dirumah. Nampak sangat tak habis2 guna. Parut tetap ada kerana tidak menggunakannya secara kerap seperti yang disyorkan

Testimoni Palmer Coco Butter
Bau dia pon best juga. Pernah saya gunakan, parut kelihatan sedikit memudar. Guna pon tak lama, dalam 2 bulan macam tu sahaja. Lepas tu terus tak guna. Harganya dalam RM 32.

Testimoni Dermatix
Dermatix, saya suka sebab cepat meresap ke kulit. Lagi satu tiada sebarang bau, parut pon semakin memudar bila guna dermatix. Cuma pada saya harganya sedikit mahal iaitu rm60 ketika dibeli di farmasi beberapa bulan yang lalu. Dalam ketiga-tiga ni, pada saya. dermatix lebih best kerana ia cepat meresap. Tak rasa berminyak dan parut kelihatan memudar lebih cepat dari bio oil dan palmer cocoa butter yang saya gunakan.

Berkenaan dengan produk-produk diatas, pada pendapat saya, jika awak2 semua ada keazaman yang kuat, konsisten, berdisiplin, mungkin anda boleh cuba. Lepas ni, ingin mencuba produk Mederma. Okeh, cukup pasal produk. Ada juga sebenarnya pelbagai petua untuk menghilangkan parut dengan kaedah tradisional. Antara yang boleh diamalkan adalah seperti di SINI.

P/S: Kalau berduit banyak, tentu sahaja boleh pergi mencuba rawatan laser.