Sunday 24 February 2013

Cara dan petua hilangkan bau ketiak

Bau ketiak? Tiada siapa suka. Tak kisah lah seseorang itu cantik atau tidak, kacak atau tidak, tapi kalau ketiak berbau, cukup untuk membuatkan orang disekeliling anda pening. Oleh itu, terdapat pelbagai petua menggunakan bahan semula jadi untuk menghilangkan bau ketiak. 

1. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan  limau kasturi
Makan kulit limau kasturi yang telah pun masak atau tua. Amalkannya selama seminggu dan lihat hasilnya.

2. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan  daun sireh
Ambil daun sireh kira-kira 10 helai. Seelok-eloknya ambil daun yang telah tua. Kemudian rebus daun sireh berkenaan di dalam periuk yang dipenuhi 3/4 air. Selepas itu, tunggu air tersebut kering kira-kira tinggal setengah periuk. Seterusnya minum air sireh yang telah sejuk itu.

Daun sireh


3. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan kapur dan air limau
Campurkan kapur makan dan perahan air limau nipis. Campuran itu dihasilkan dengan pekat dan kemudian sapukan pada ketiak anda.

4. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan putik limau kasturi
Ambil putik limau kasturi dan dimakan pada waktu pagi, tengahari atau malam. Putik ini juga boleh dibuat ulam dan dimakan bersama dengan nasi. Amalkannya setiap hari.

5. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan minyak kelapa
Colek minyak kelapa dan sapukan rata-rata dibahagian ketiak untuk menghilangkan bau ketiak anda.

6.  Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan belakang tangan
Apabila mandi dan bersabun, gosokkan bahagian ketiak anda dengan belakang tapak tangan dan bukannya dengan tapak tangan.


Inilah serba sedikit cara untuk menghilangkan bau ketiak. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya melakukannya dengan konsisten dan bebas dari ketiak berbau.

1 comment:

  1. Betul tu, saya kalau di kelilingi orang orang macam ni..memang tak boleh nafas/lemas/hilang mood nak kerja semua ada la...tapi smpi skrg tak faham kenapa orang yg ada masalah tu macam rileks dan selesa je..pelikkkss kan

    Done follow u back ^_^

    ReplyDelete