Monday 22 July 2013

Petua untuk menghilangkan cirit-birit

Cirit-birit memang merupakan satu perkara yang sangat tidak best jika berlaku pada diri kita. Mana taknya, diri perlu sentiasa dekat dengan tandas. Mahu keluar rumah pun sukar jika cirit-birit melanda diri. Oleh itu, terdapat petua orang-orang kampung pada zaman dahulu untuk melegakan cirit-birit yang berlaku pada diri.

1. Petua merawat cirit birit dengan beras
Ambil segenggam beras dan goreng hingga hangus. Kemudian masukkan beras yang hangus itu kedalam segelas air masak. Tapiskan air berkenaan dan minum lah air berkenaan dua atau tiga kali.

2. Petua merawat cirit birit dengan daun ketapang
Ambil 5-7 helai daun ketapang dan direbus dengan satu gelas air. Kemudian minum air berkenaan apabila berlaku cirit-birit.

3. Petua merawat cirit birit dengan ciku muda
Ambil sebiji buah ciku muda dan buangkan kulitnya. Kemudian tumbuk buah ciku berkenaan sehingga lumat. Kemudian campurkan dengan segelas air dan tapis air ciku berkenaan. Minum air berkenaan apabila berlaku cirit birit.

4. Petua merawat cirit birit dengan bawang merah
Ambil dua biji bawang merah dan tumbuh sehingga lumat. Campurkan bawang berkenaan dengan sebiji putih telur ayam kampung dan sedikit halia yang telah ditumbuk dengan lumat. Campurkan ramuan itu sehingga sekata dan sapukan pada perut ramuan berkenaan. Kemudian, ambil sehelai kertas dan lekapkan pada perut.

5. Petua merawat cirit birit dengan daun jambu batu
Ambil kira-kira 10 pucuk jambu batu. Kemudian bersihkan pucuk berkenaan dan digilingkan sehingga lumat.  Bahan yang lumat berkenaan dicampurkan dengan segelas air dan diminum.

Petua merawat cirit birit dengan menggunakan air teh
Ambil secamca besar daun teh asli yang telah kering. Kemudian rebuskan dengan segelas air. Setelah mendidih, tapis air berkenaan dan minum.

Cara-cara merawat cirit birit secara tradisional ini telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu. Selamat mencuba kepada mereka yang sedang mengalami cirit birit.

1 comment:

  1. The Top Betting Sites for Australian Players: 2021's Top Online
    If you are looking to bet on the top Australian online casino sites, you choegocasino have to look for the top online gambling sites and 바카라 apps. In this 바카라사이트 article, we'll

    ReplyDelete