Nak perut yang kempis? Jom ramai-ramai ikut cara dibawah. Perut kempis memang idaman semua wanita kan. Tetapi, lelaki juga boleh ikut langkah dibawah ini.
1. Makan
makanan yang sihat dan kurangkan makanan ringan
Anda
boleh menggantikan makanan ringan anda dengan pelbagai jenis buah-buahan dan
sayur-sayuran. Percayalah, anda akan lihat perbezaannya.
2. Makan
makanan yang mempunyai banyak protein
Kekacang
dan daging adalah lebih baik. Tetapi ingat, jangan makan lemak yang terdapat
padanya.
3. Makan
dengan skala yang kecil
Makan
dengan kadar yang mencukupi bukannya makan sehingga perut anda penuh. Jangan
makan secara berlebihan kerana perut anda tahu sejauh mana ia boleh bekerja.
4. Makan
makanan mentah
Makanan
mentah yang dimaksudkan disini adalah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak.
Hal ini kerana makanan mentah ini dapat mengurangkan kehilangan enzim pada
makanan yang telah dimasak. Antara sayuran yang boleh dimakan mentah adalah
seperti kubis, lobak, kubis bunga, salari, timun, bawang, pisang, beri dan
tomato
5. Tidak
makan sebelum tidur
Apabila
kita tidur, fungsi badan kita akan menjadi perlahan, jadi ianya akan
menyebabkan proses pencernaan makanan tidak akan berlaku dengan baik. Jika anda
tidur lewat pula, jangan makan selepas pukul 9.30 p.m kerana makanan terbabit
selalunya akan disimpan sebagai lemak
6. Minum
banyak air kosong
Gantikan
air yang bersoda dan air manis kepada air kosong.
7. Kurangkan
pengambilan sodium
Cuba
kurangkan penggunaan garam dan campuran lemak kedalam hidangan makanan.
Penambahan garam dan minyak akan menyebabkan badan kita terbiasa untuk menjadi
gemuk. Dengan mengurangkan penggunaan sodium, lemak-lemak pada kaki, perut dan
muka akan kelihatan berkurangan
gud tips... nak share ye... (mode: jalan2 kat sini pulak)
ReplyDeletehehe..okeh :)
ReplyDelete