Thursday 13 December 2012

Cara dan petua untuk hilangkan kelemumur pada kulit kepala


Assalamualaikum :)

Rambut merupakan satu aset kepada wanita dan juga lelaki. Walaubagaimanapun, terdapat rata-rata rakyat Malaysia menghidapi kelemumur pada kulit kepala mereka. Hal ini kadangkala memalukan bagi kita kerana sukar untuk memakai baju yang bewarna gelap kerana dikhuatiri kelemumur terbabit akan terjatuh di bahu baju.  Tetapi anda semua perlu tahu terdapat petua untuk menghilangkan kelemumur dengan menggunakan bahan semulajadi. Ianya dapat memberikan keputusan jangka masa panjang dan dapat menghindari diri daripada menggunakan bahan-bahan kimia.

Gambar dari googe (sekadar hiasan)


So, jom kita tengok petua-petua untuk menghilangkan kelemumur supaya anda boleh menjadi yakin semula.

1. Jus lemon dengan minyak kelapa untuk menghilangkan kelemumur
Ambil 1 sudu makan jus lemon dengan 5 sudu makan minyak kelapa. Kisarkan kedua-dua bahan ini. Letakkan bahan ini pada kullit kepala. Biarkan selama 20-30 minit sebelum dibilas. Kemudian basuh kembali rambut anda dengan shampoo. Jus lemon dikatakan merupakan satu bahan semulajadi untuk kelemumur dan mampu untuk menghilangkan keruping-keruping kelemumur pada kulit kepala.

2. Cuka untuk menghilangkan kelemumur
Cuka dikatakan merupakan cara yang paling berkesan untuk menghilangkan kelemumur. Cuka dikatakan kaya dengan potassium dan enzim yang membantu untuk merawat kegatalan kulit kepala dan kelemumur. Caranya ialah dengan mengambil cuka epal dan urutkan pada kulit kepala selama 5-7 minit. Cuka epal ini mampu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati yang tersumbat pada folikel-folikel rambut lalu menyebabkan kelemumur.
Juga dari google(Ini adalah apple cider)


.
3. Baking Soda untuk menghilangkan kelemumur
Baking Soda berpotensi untuk menghilangkan kelemumur dan keruping-keruping yang melekat pada kulit kepala. Caranya ialah campurkan satu sudu makan baking soda dengan shampoo ditangan. Kemudian gosokkan pada kulit kepala. Kemudian bilas seperti biasa. Anda akan melihat kelemumur pada kepala anda akan hilang

4. Jel Aloe Vera  untuk merawat kelemumur
Ambil jel Aloe Vera dan gosokkan ke kulit kepala. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas rambut seperti biasa.


5. Bawang merah untuk menghilangkan kelemumur
Ambil bawang merah yang telah ditumbuk halus. Letakkan pada kawasan kelemumur selama satu jam. Kemudian basuh dengan sebersihya Untuk menghilangkan bau bawang tersebu, letakkan jus lemon pada rambut anda.

Ini antara lima petua semula jadi yang anda semua boleh aplikasikan dirumah. Bahan-bahannya semula jadi dan mudah didapati. Jadi, apa tunggu lagi, selamat mencuba ya kawan-kawan

2 comments:

  1. aien copy tau entry nie.. untuk simpanan peribadi.. hehe.. awak.. aien tag awak kat blog aien.. jom r join..

    http://aienhermionie27.blogspot.com/2013/01/contest-themostmemorable2012moment.html

    ReplyDelete