Assalamualaikum
Bercinta memang indah, tetapi pernah tak terfikir bahawa adakah pasangan kita itu sebenarnya betul-betul cintakan kita atau tidak. Kadang-kadang, selalu juga lihat apabila pihak lelaki berlaku curang dan tidak serius dalam sesuatu perhubungan. Kadang-kadang, perempuan pun ada juga yang berlaku curang. So, kat sini, ada beberapa tips yang saya dapat dari buku mengenai tanda-tanda yang pasangan kita itu sememangnya jatuh cinta terhadap diri kita. Jom lihat satu persatu.
- Si dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu terhadap pasangannya dengan rela dan tanpa dipaksa.
- Si dia berusaha untuk menghiburkan pasangannya. Sanggup berubah untuk membuat sesuatu perkara yang lawak dan membuatkan pasangannya tersenyum apabila pasangannya sedang berduka.
- Si dia sering menasihati pasangannya terutamanya dari segi keselamatan pasangannya jika ingin kemana-mana.
- Si dia kadangkala mengongkong kebebasan kekasihnya terutamanya bila kekasihnya ingin keluar bersama lelaki-lelaki lain. Ada lelaki yang tidak kisah pasangannya keluar secara berkumpulan tetapi, mereka akan kisah jika pasangannya keluar dengan lelaki lain walaupun mereka hanya berkawan. Maklumlah, cemburu tandanya sayang.
- Si dia takut akan kehilangan pasangannya. Kalau boleh setiap saat mahu mengetahui keadaan pasangannya yang jauh dari pandangan mata.\
- Si dia merasa sensitif apabila pasangannya tidak memberikan perhatian terhadap dirinya.
- Si dia cemburu dan berasa tidak selamat apabila ada lelaki lain yang datang ingin mencantas kekasihnya.
Sekadar hiasan (dari drama Full House) |
- Si dia kadangkala berubah menjadi seperti budak kecil yang cuba menarik perhatian pasangannya.
- Si dia tidak akan melayan mana-mana perempuan lain kecuali jika ada urusan yang sepatutnya.
- Si dia membanggakan pasangannya dihadapan rakan-rakanya.
- Si dia sama sekali tidak akan berlaku curang, jika si dia melayan perempuan-perempuan lain, maka berjaga-jagalah kerana mungkin si dia tidak seratus peratus cintakan anda.
- Si dia akan merasa tidak senang duduk jika pasangannya terlalu lama merajuk kepada dirinya.
- Si dia lebih mementingkan keselamatan diri pasangan daripada dirinya.
- Si dia akan meluangkan lebih banyak masa bersama pasangannya jika pasangannya bersedih.
- Si dia sanggup menitiskan air mata dihadapan pasangannya. Tetapi awas, ada juga lelaki yang berpura-pura menangis untuk perempuan.
Jadi, tanda-tanda ini ada tak pada pasangan anda? Walau apa pun, perasaan bercinta memang membahagiakan, tetapi anda perlu tahu bagaimana untuk membataskan diri anda.
p/s: Jika saya bersedih, pasangan saya sering membawa saya ke tepi pantai. Anda pula bagaimana?
No comments:
Post a Comment