Kulit muka berminyak kadang kala sukar untuk
diatasi. Jenis kulit berminyak adalah mudah untuk ditumbuhi oleh jerawat.
Walaubagaimanapun, seperti entri yang lepas, terdapat kelebihan kepada mereka
yang memiliki kulit muka berminyak. Dalam
menjaga kulit muka berminyak ini, anda perlu tahu cara untuk mendapatkan masker
yang sesuai untuk mengurangkan minyak pada muka di tahap yang sepatutnya.
Jadi hari ini, saya nak share cara membuat masker untuk kulit muka berminyak
dengan mudah tanpa mengeluarkan kos yang banyak.
Masker untuk hilangkan kulit muka berminyak dari Tomato
Bahan: tomato
Cara2nya ialah :
-Blender 2 biji tomato sehingga hancur.
-Sapukan pada keseluruhan muka tetapi tidak terkena
pada mata.
-Biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air
suam.
Wajah anda akan kelihatan bersih kerana tomato
mampu membuang sel2 kulit mati
|
Gambar diambil dari google |
Masker untuk kulit muka berminyak dari Pisang
Bahan: Pisang, lemon dan madu
Cara2nya ialah:
-Ambil sebiji pisang, 1sudu madu dan sebiji
lemon.
-Campurkan lenyekkan pisang dan madu dan letakkan
beberapa titis jus lemon
-Biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas
dengan air suam
|
Gambar diambil dari google |
Masker untuk kulit muka berminyak dari Strawberi
Bahan: Srawberi dan yogurt
Cara-caranya ialah:
-Ambil 4-6 biji straberi dan lenyekkan didalam
mangkuk
-Kemudian tambahkan sesudu yogurt dan sebatikan
kedua-dua bahan ini
-Biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas
dengan air suam
Masker untuk kulit muka berminyak dari Avocado
Bahan: Avocado putih telur dan limau
Cara-caranya ialah:
-Pukul putih telur di dalam mangkuk.
-Lenyekkan setengah biji buah avocado di dalam
mangkuk yang lain
-Kemudian kedua-dua bahan tadi dicampurkan di
dalam blender bersama-sama sesudu perahan limau
-Letakkan pada muka dan biarkan beberapa minit
sebelum dibilas
Masker untuk kulit muka berminyak dari Epal
Bahan: epal dan madu
Cara-caranya ialah:
-Ambil sebiji epal dan buangkan kulitnya.
-Blenderkan bersama 3 sudu madu
-Letakkan pada muka selama 15 minit dan bilas
dengan air
Ianya berkesan untuk mencerahkan pori-pori
kulit.
Jadi, anda di luar sana bolehlah mencuba.
Ingat, jika ingin kekal cantik, lakukan beberapa kali seminggu dan tidak
berputus asa. Jika hanya lakukan sekali sahaja setahun, mana nak nampak kan hasilnya
J
Oleh kerana bahan-bahanya mudah didapati, apa tunggu lagi. Selamat mencuba!