Tuesday, 23 July 2013

Rumah mereka adalah sangkar

Assalamualaikum

Bukan semua orang mengalami kesenangan hidup. Bukan juga semua orang mengalami kepayahan hidup. Tapi pada saya, gambar-gambar dibawah membuktikan bahawa bukan semua orang mampu hidup dengan selesa, ada juga yang tidak merasai kesenangan yang kita rasakan.








Perkara ini berlaku di Hong Kong, China. Tak semua penduduk merasakan hidup selesa. Namun desakan hidup menyebabkan mereka terpaksa tinggal dalam keadaan begini. Ada juga yang sudah terbiasa dengan cara hidup begini sejak beberapa tahun yang lalu.

p/s: Banyak lagi gambar-gambar mereka, hanya taip cage home in Hong Kong, terpampang gambar-gambar yang pada saya cukup menyedihkan


Monday, 22 July 2013

Petua untuk menghilangkan cirit-birit

Cirit-birit memang merupakan satu perkara yang sangat tidak best jika berlaku pada diri kita. Mana taknya, diri perlu sentiasa dekat dengan tandas. Mahu keluar rumah pun sukar jika cirit-birit melanda diri. Oleh itu, terdapat petua orang-orang kampung pada zaman dahulu untuk melegakan cirit-birit yang berlaku pada diri.

1. Petua merawat cirit birit dengan beras
Ambil segenggam beras dan goreng hingga hangus. Kemudian masukkan beras yang hangus itu kedalam segelas air masak. Tapiskan air berkenaan dan minum lah air berkenaan dua atau tiga kali.

2. Petua merawat cirit birit dengan daun ketapang
Ambil 5-7 helai daun ketapang dan direbus dengan satu gelas air. Kemudian minum air berkenaan apabila berlaku cirit-birit.

3. Petua merawat cirit birit dengan ciku muda
Ambil sebiji buah ciku muda dan buangkan kulitnya. Kemudian tumbuk buah ciku berkenaan sehingga lumat. Kemudian campurkan dengan segelas air dan tapis air ciku berkenaan. Minum air berkenaan apabila berlaku cirit birit.

4. Petua merawat cirit birit dengan bawang merah
Ambil dua biji bawang merah dan tumbuh sehingga lumat. Campurkan bawang berkenaan dengan sebiji putih telur ayam kampung dan sedikit halia yang telah ditumbuk dengan lumat. Campurkan ramuan itu sehingga sekata dan sapukan pada perut ramuan berkenaan. Kemudian, ambil sehelai kertas dan lekapkan pada perut.

5. Petua merawat cirit birit dengan daun jambu batu
Ambil kira-kira 10 pucuk jambu batu. Kemudian bersihkan pucuk berkenaan dan digilingkan sehingga lumat.  Bahan yang lumat berkenaan dicampurkan dengan segelas air dan diminum.

Petua merawat cirit birit dengan menggunakan air teh
Ambil secamca besar daun teh asli yang telah kering. Kemudian rebuskan dengan segelas air. Setelah mendidih, tapis air berkenaan dan minum.

Cara-cara merawat cirit birit secara tradisional ini telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu. Selamat mencuba kepada mereka yang sedang mengalami cirit birit.

Sunday, 14 July 2013

Petua dan cara memontokkan buah dada

Assalamualaikum

Tips kali ini lebih kelihatan sesuai ntuk mereka yang dewasa dan berumahtangga. Buah dada merupakan aset perempuan yang bernilai. Terus kepada topik, jom tengok petua untuk memontokkan buah dada bagi kaum hawa.


1.Buah dada montok dengan kacang panjang
Ambil lebih kurang sepuluh biji kacang panjang yang masih muda. Kemudian tumbuh sehingga lumat. Seterusnya hasil tumbukan tadi akan mengeluarkan air. Ambil air kacang panjang tadi kemudian ratakan pada buah dada anda secara rata. Lakukan perkara ini 2 kali seminggu. Mudah-mudahan, hasiilnya akan berjaya.

2. Buah dada montok dengan lengkuas
Ambil dua ibu jari lengkuas dan diparut sehingga halus. Kemudian campurkan dengan tepung beras dan air sehingga rata. Sapukan pada buah dada anda pada waktu pagi dan malam sebelum tidur secara konsisten

3. Buah dada montok dengan daun sireh
Ambil minyak kelapa  dan sapukan pada permukaan sireh. Hangatkan ke atas api sehingga terasa suam-suam kuku dan setelah layu, sapukan pada buah dada kecuali bahagian putingnya. Setelah dingin, gantikan dengan yang baru. Amalkan 2 kali sehari secara konsisten


4. Buah dada tegang dengan  putih telur
Ambil putih telur disapu rata-rata di sekeliling buah dada. Biarkan kering dan pada pagi esoknya barulah dibersihkan seperti biasa. Amalkan setiap malam sebelum tidur.

5. Buah dada tegang dengan sengkuang
Ambil sengkuang dan parut. Parutan itu disapukan ke atas buah dada. Biarkan kering dan bolehlah dibasuh dengan air bersih. Amalkan selalu.

Sekian sahaja 5 petua diatas untuk buah dada anda supaya montok dan tegang. Bila dah dapat payudara yang diingini, ingatlah, jangan dok tayang2 kat bukan muhrim naaa....ianya hanya untuk tontonan dan suami sahaja.


Saturday, 13 April 2013

15 tanda lelaki jatuh cinta

Assalamualaikum 

Bercinta memang indah, tetapi pernah tak terfikir bahawa adakah pasangan kita itu sebenarnya betul-betul cintakan kita atau tidak. Kadang-kadang, selalu juga lihat apabila pihak lelaki berlaku curang dan tidak serius dalam sesuatu perhubungan. Kadang-kadang, perempuan pun ada juga yang berlaku curang. So, kat sini, ada beberapa tips yang saya dapat dari buku mengenai tanda-tanda yang pasangan kita itu sememangnya jatuh cinta terhadap diri kita. Jom lihat satu persatu.

  • Si dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu terhadap pasangannya dengan rela dan tanpa dipaksa.
  • Si dia berusaha untuk menghiburkan pasangannya. Sanggup berubah untuk membuat sesuatu perkara yang lawak dan membuatkan pasangannya tersenyum apabila pasangannya sedang berduka.
  • Si dia sering menasihati pasangannya terutamanya dari segi keselamatan pasangannya jika ingin kemana-mana.
  • Si dia kadangkala mengongkong kebebasan kekasihnya terutamanya bila kekasihnya ingin keluar bersama lelaki-lelaki lain. Ada lelaki yang tidak kisah pasangannya keluar secara berkumpulan tetapi, mereka akan kisah jika pasangannya keluar dengan lelaki lain walaupun mereka hanya berkawan. Maklumlah, cemburu tandanya sayang.
  • Si dia takut akan kehilangan pasangannya. Kalau boleh setiap saat mahu mengetahui keadaan pasangannya yang jauh dari pandangan mata.\
  • Si dia merasa sensitif apabila pasangannya tidak memberikan perhatian terhadap dirinya.
  • Si dia cemburu dan berasa tidak selamat apabila ada lelaki lain yang datang ingin mencantas kekasihnya.



Sekadar hiasan (dari drama Full House)

  • Si dia kadangkala berubah menjadi seperti budak kecil yang cuba menarik perhatian pasangannya.
  • Si dia tidak akan melayan mana-mana perempuan lain kecuali jika ada urusan yang sepatutnya.
  • Si dia membanggakan pasangannya dihadapan rakan-rakanya.
  • Si dia sama sekali tidak akan berlaku curang, jika si dia melayan perempuan-perempuan lain, maka berjaga-jagalah kerana mungkin si dia tidak seratus peratus cintakan anda.
  • Si dia akan merasa tidak senang duduk jika pasangannya terlalu lama merajuk kepada dirinya.
  • Si dia lebih mementingkan keselamatan diri pasangan daripada dirinya.
  • Si dia akan meluangkan lebih banyak masa bersama pasangannya jika pasangannya bersedih.
  • Si dia sanggup menitiskan air mata dihadapan pasangannya. Tetapi awas, ada juga lelaki yang berpura-pura menangis untuk perempuan.

Jadi, tanda-tanda ini ada tak pada pasangan anda? Walau apa pun, perasaan bercinta memang membahagiakan, tetapi anda perlu tahu bagaimana untuk membataskan diri anda.

p/s: Jika saya bersedih, pasangan saya sering membawa saya ke tepi pantai. Anda pula bagaimana?