Tuesday 26 February 2013

Petua dan cara hilangkan bintik hitam / blackhead pada muka

Assalamualaikum 


Rungsing dengan bintik hitam yang ada di muka, terpikir-pikir cara untuk hilangkan blackhead / bintik hitam dengan berkesan. Sekarang ini di pasaran terdapat pelbagai produk yang mampu hilangkan bintik hitam pada  wajah anda terutama sekali pada hidung. Saya sendiri terpengaruh dengan pelbagai nose pore pack yang dijual di pasaran yang berdekatan. Antara produk yang boleh digunakan untuk menghilangkan bintik hitam atau blackhead di hidung adalah dengan menggunakan produk dibawah.



Pore pack dari oxy

gambar tidak jelas, kualiti kamera tidak memuaskan

Untuk menghilangkan bintik hitam atau putih di hidung, saya lebih gemar menggunakan jenama dari oxy kerana merasakan bahawa ianya melekat kuat berbanding biore nose pore pack. Bioglo juga best tapi pada saya oxy lagi best. Selain menggunakan pore pack diatas, terdapat petua-petua yang boleh digunakan supaya tidak berlaku pembaziran wang. Antara petua yang boleh menghilangkan bintik hitam pada wajah ialah:

1. Hilangkan bintik hitam dengan kentang
Parut sebiji kentang, kemudian sapukan pada wajah, hidung dan dagu selama 15 minit untuk menghilangkan bintik hitam. Biarkan ianya sehingga kering dan basuhkan muka anda dengan bersih selepas itu.

2. Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan gula
Letakkan beberapa titisan perahan lemon keatas sesudu gula dan gosokkan secara lembut pada wajah, hidung dan dagu. Ianya mampu menanggalkan bintik hitam dan kulit-kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit menjadi bersih dan bersinar/glowing

3.Hilangkan bintik hitam dengan yogurt
Ambi dua sudu makan yogurt dan sesudu makan perahan lemon. Campurkan bahan terbabit dan sapukan pada kawasan muka untuk menghilangkan bintik hitam

4.Hilangkan bintik hitam dengan lemon dan minyak zaitun.
Campurkan beberapa titis perahan lemon dengan 5 titis minyak zaitun. Kemudian sapukan pada kawasan yang ditumbuhi bintik hitam.

5.Hilangkan bintik hitam dengan putih telur
Cara ini diaplikasikan oleh ramai orang. Ambil putih telur, kemudian sapukan pada wajah dan letakkan tisu pada wajah. Kemudian tarik tisu berkenaan apabila putih telur yang disapukan pada wajah sudah kering. Selain itu, ambil sebiji putih telur dan campurkan dengan sesudu makan madu. Campuran tadi kemudiannya diletakkan pada kawasan wajah. Kemudian ambil tisu dan letakkan pada wajah. Tunggu sehingga kering barulah dicabut tisu berkenaan.

6. Hilangkan bintik hitam dengan wapkan wajah
Wapkan wajah adalah perkara paling mudah untuk menghilangkan bintik hitam. Ianya mampu membuka liang-liang roma yang tersumbat dan membersihkan liang tersebut lalu menyebabkan bintik hitam segan untuk tumbuh dimuka. Wapkan muka anda dua kali seminggu. 


Dah baca?. Kesimpulannya terdapat pelbagai cara untuk menghiangkan blackhead pada wajah kita, sama ada menggunakan kos yang tinggi atau yang rendah. Jika anda semua rasa tidak perlu membazir, maka cualah petua yang menggunakan bahan semulajadi di atas. Selamat mencuba.

Sunday 24 February 2013

Cara dan petua hilangkan bau ketiak

Bau ketiak? Tiada siapa suka. Tak kisah lah seseorang itu cantik atau tidak, kacak atau tidak, tapi kalau ketiak berbau, cukup untuk membuatkan orang disekeliling anda pening. Oleh itu, terdapat pelbagai petua menggunakan bahan semula jadi untuk menghilangkan bau ketiak. 

1. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan  limau kasturi
Makan kulit limau kasturi yang telah pun masak atau tua. Amalkannya selama seminggu dan lihat hasilnya.

2. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan  daun sireh
Ambil daun sireh kira-kira 10 helai. Seelok-eloknya ambil daun yang telah tua. Kemudian rebus daun sireh berkenaan di dalam periuk yang dipenuhi 3/4 air. Selepas itu, tunggu air tersebut kering kira-kira tinggal setengah periuk. Seterusnya minum air sireh yang telah sejuk itu.

Daun sireh


3. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan kapur dan air limau
Campurkan kapur makan dan perahan air limau nipis. Campuran itu dihasilkan dengan pekat dan kemudian sapukan pada ketiak anda.

4. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan putik limau kasturi
Ambil putik limau kasturi dan dimakan pada waktu pagi, tengahari atau malam. Putik ini juga boleh dibuat ulam dan dimakan bersama dengan nasi. Amalkannya setiap hari.

5. Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan minyak kelapa
Colek minyak kelapa dan sapukan rata-rata dibahagian ketiak untuk menghilangkan bau ketiak anda.

6.  Cara dan petua hilangkan bau ketiak dengan belakang tangan
Apabila mandi dan bersabun, gosokkan bahagian ketiak anda dengan belakang tapak tangan dan bukannya dengan tapak tangan.


Inilah serba sedikit cara untuk menghilangkan bau ketiak. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya melakukannya dengan konsisten dan bebas dari ketiak berbau.

Friday 22 February 2013

Sekadar Renungan

Assalamualaikum 

Rasullulah s.a.w bertemu Saidina Ali bin Abu Talib dan menyuruhnya membuat pilihan sama ada mahu lima ribu ekor kambing atau lima perkataan yang baik untuk dunia dan akhirat. Ali memilih lima perkataan.
Rasulluluah s.a.w kemudian menyatakan lima perkataan itu berupa doa yang sesuai dibaca setiap hari.

Doa itu bermaksud:
" Ya Allah, ya Tuhanku, Ampunilah dosaku, Lengkapkan budi pekertiku, sempurnakan usahaku, puaskan hatiku terhadap rezeki pemberianMu dan jangan biarkan hatiku terpedaya oleh apa yang Engkau halaukan daripadaku."

Nabi Muhammad menyarankan agar doa ini diamalkan setiap hari kerana didalamnya ada maksud yang amat penting iaitu mendapat keampunan, lengkapkan budi pekerti, sempurna usaha, puas hati dengan rezeki diterima dan tidak terpedaya.

Abu Hurairah pula meriwayatkan ahawa Rasullulah pernah menganjurkan Salman al-Khair supaya setiap masa baik siang atau malam memohon doa yang bermaksud:
"Ya Alaah ya Tuhanku, hamba memohon keimanan yang baik, keyakinan dalam keluhuran budi, kejayaan demi kejayaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat"

Nota kaki:
Semoga kita sama-sama mengamalkan doa ini :)